Bantuan Asnaf Pure Heart Back To School 2018

RM25,286.00 daripada RM37,500.00 sudah tercapai
67%

RM
Caj Transaksi Billplz .
Pilihan Untuk Membayar
Maklumat Penderma

Terms

Sumbangan Keseluruhan: RM150.00

{amount} donation plus {fee_amount} to help cover fees.

Bantuan Asnaf Pure Heart Back to School 2018

Muslim Volunteer Malaysia meneruskan program tahunan kami iaitu Bantuan Tajaan Keluarga Asnaf, Pure Heart MVM 2018.

Pure Heart adalah sebuah program tahunan yang dibawakan khas oleh MVM untuk memberi sedikit keselesaan dan kelegaan kepada warga Malaysia yang terpilih agar dapat meneruskan kehidupan harian dalam bentuk barangan bantuan asas dan bantuan perniagaan kepada yang terpilih. Bantuan asas ini akan diberikan keutamaan kepada keluarga yang berpendapatan rendah iaitu RM1,500 ke bawah. Bantuan perniagaan pula diberikan kepada keluarga asnaf yang terpilih sepanjang program.

Istimewa pada Pure Heart Back to School ini, kami membuka peluang kepada orang awam untuk memberi sumbangan untuk membeli kelengkapan persekolahan untuk anak-anak asnaf Pure Heart MVM.

Antara kelengkapan sekolah yang akan diberikan adalah seperti berikut :

  • Pakaian Sekolah
  • Kasut
  • Beg Sekolah dan Alat tulis

1 set kelengkapan sekolah : RM 150

Atau anda juga boleh menghulurkan sumbangan salah satu barangan berikut :

  • Pakaian Sekolah = RM70 sahaja
  • Kasut = RM30 sahaja
  • Beg Sekolah dan Alat tulis = RM50 sahaja

Sasaran : 250 penerima bantuan
Jumlah sasaran : RM150 x 250 penerima bantuan = RM37,500

Harapan kami di MVM, dengan adanya bantuan-bantuan ini, ia dapat mengukirkan senyuman bahagia dan menceriakan lagi persekolahan anak-anak asnaf ini.

Kami di MVM juga, berharap agar anda yang membaca ini sudi untuk membantu menaja/sumbangan kepada mereka dengan seikhlas hati.
Dengan sumbangan ini, ia mampu memberi sinar harapan dan semangat untuk anak-anak asnaf ini untuk terus belajar dan cemerlang dalam akademik.