Air Mata Ibu Tunggal – Puan Norhidah

Terima kasih kepada semua penderma. Sasaran kempen telah tercapai.

Air Mata Ibu Tunggal – Puan Norhidah

Tangisan Puan Norhidah, seorang ibu tunggal pada majlis penutup Pure Heart 10.0 telah meluluhkan hati ramai dan membuatkan kami di MVM tertarik untuk mengenali beliau serta keluarga dengan lebih dekat.

Pada 16 Disember 2016, MVM telah mengadakan kunjungan pertama ke rumah beliau untuk mengenal pasti lebih lanjut kesusahan hidup yang dihadapi oleh keluarga ini. Puan Norhidah adalah seorang ibu tunggal di mana beliau telah kehilangan tempat bergantung hidup kerana kematian suami dan ayah beliau. Setelah itu, beliau dibantu oleh anak perempuan beliau untuk membantu menambah pendapatan keluarga.

Beliau menjalankan perniagaan kecil-kecilan menjual kuih-muih iaitu karipap dan samosa. Namun begitu, anggaran hasil jualan yang diperolehi adalah sebanyak RM700 sebulan dengan keuntungan sekitar 10 sen sahaja untuk sebiji kuih. Ia ternyata hanya cukup-cukup sahaja untuk menampung keperluan anak-anak beliau.

“Makcik hanya mahu pastikan anak-anak makcik dapat makan dan berjaya dalam hidup” – Puan Norhidayah

Lebih menyayatkan hati, anak perempuan yang dikasihi tersebut turut dijemput Ilahi disebabkan oleh demam denggi. Kehilangan ini amat dirasai oleh beliau yang kini terpaksa bersendirian untuk mencari rezeki bagi keperluan anak-anak yang masih belajar.

Sehubungan dengan itu, pihak MVM telah mengambail inisiatif untuk membuka kempen tajaan Jejak Mahabbah 2.o bagi meringankan sedikit sebanyak bebanan ibu tunggal ini.

Maklumat Tajaan :

  • Bantuan Perniagaan – Mesin Uli Tepung (Mixer) 
  • Bantuan Perniagaan – Bahan Mentah Kuih-Muih 
  • Bantuan Modal & Promosi Perniagaan

Dengan ini, kami ingin melancarkan program tajaan Jejak Mahabbah untuk keluarga Puan Norhidah.

Sumbangan ke mana-mana akaun atas nama Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia :

  • Maybank Malaysia Berhad (56480 164 7699)
  • CIMB Islamik (8602 5378 07)
  • Email : jejakmahabbah.mvm@gmail.com

Bagi anda yang memerlukan resit selepas tajaan dibuat, anda boleh membuat tajaan/sumbangan di link berikut : www.billplz.com/TabungMahabbah

Maklumat lanjut:
 Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia | Tel: +603-8074 0434
 *Penting : Selepas sumbangan dibuat, mohon whatsApp ke Yazid 013-588 2796

Air Mata Ibu Tunggal – Puan Norhidah

Terima kasih kepada semua penderma. Sasaran kempen telah tercapai.